KURSUS BAHASA ARAB LANJUTAN (KBAL)

KURSUS BAHASA ARAB LANJUTAN

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LATARBELAKANG

Kedudukan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran selain penggunaannya yang meluas di dunia Arab dan Islam meletakkannya sebagai bahasa terpenting di dunia masa kini. Kemahiran menguasai bahasa Arab membolehkan seseorang itu memahami kandungan al-Quran dan hadith selain berupaya membaca buku-buku mengenai ilmu-ilmu Islam yang banyak ditulis dalam bahasa Arab. Menyedari kepentingannya Unit Pembangunan Sosial Akademi Pengajian Islam bercadang untuk menawarkan Sijil Bahasa Arab bagi mendedahkan kepada masyarakat awam mengenai kaedah-kaedah dalam bahasa Arab, kemahiran membaca dan menulis serta mendengar dan berkomunikasi. Sijil ini juga diharapkan dapat memberikan pendedahan awal kepada para pelajar sebagai satu persediaan sebelum menyambung pengajian mereka di peringkat sarjana muda pengajian Islam.

 

OBJEKTIF

Antara objektif utama kursus ini ialah:

 

  1. Mendedahkan kepada para pelajar kaedah-kaedah penting dalam bahasa Arab seperti kaedah nahw dan
  2. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis dalam bahasa Arab
  3. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mendengar dan berkomunikasi dalam bahasa Arab

  

TEMPAT DAN PERJALANAN KURSUS

Kelas diadakan di Bilik Seminar dan Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kursus ini dijalankan secara kuliah yang disampaikan oleh pensyarah.

 

TEMPOH KURSUS DAN WAKTU PEMBELAJARAN

 

Kursus ini dijalankan pada hujung minggu iaitu pada setiap hari Ahad dari 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Kursus ini mengandungi 3 modul yang dijalankan selama satu semester ( 6 bulan ). Kursus ini akan tamat dalam dua semester.

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

 

  • Warganegara Malaysia.
  • ArabMempunyai minat & kesungguhan yang tinggi
  • Mempunyai asas dalam Bahasa Arab
  • Umur 18 tahun keatas

 

 

 

STRUKTUR PROGRAM

 

  • Sijil Penyertaan – Peserta perlu menghadiri kelas sebanyak 80% untuk melayakkan diri untuk mendapatkan sijil penyertaan.

 

  • Sijil Kelulusan – Peserta perlu lulus (markah lulus 40) dalam peperiksaan bagi kesemua subjek yang ditawarkan. 80% kehadiran perlu untuk melayakkan diri untuk menduduki peperiksaan.

 

 

 

YURAN PENGAJIAN

Yuran bagi setiap Modul adalah seperti berikut :

Yuran Pengajian : RM 600.00 (Termasuk nota kursus)
*Yuran termasuk 6% GST

Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau apa jua sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.

Pembayaran Secara Ansuran :

Modul
Yuran (RM)
Pendaftaran
300
Ansuran 2
(selepas pendaftaran)
300
Jumlah
600

 

 

 

 

SUBJEK YANG DITAWARKAN

 

MODUL I (QAWAID & ‘IRAB AL-QURAN)

 

Subjek ini adalah asas kepada kemahiran bahasa arab.Ia adalah pembelajaran  yang berkaitan dengan tatabahasa (nahu) contohnya kata nama khas, kata nama am, jenis-jenis ayat dan sebagainya.

 

MODUL II (MEMBACA & MENULIS)

 

Subjek ini akan memberi pengetahuan kepada pelajar untuk membaca dan menulis dalam bahasa arab. Pembelajaran akan lebih mudah dengan pendekatan yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

 

MODUL III (MENDENGAR & BERKOMUNIKASI)

 

Subjek ini bersesuaian dengan objektif sijil ini diadakan. Subjek ini memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa arab. Pembelajaran ini menggunakan pendekatan perbualan ringkas dalam kelas dengan menggunakan topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian.