PRA PENDAFTARAN – KURSUS BAHASA ARAB (KBA)

Assalamua’laikum wrt wbt,

Sukacita dimaklumkan Kursus Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya akan menawarkan Kursus Bahasa Arab (KBA) mulai 6 Mei 2017. Kursus ini terbuka kepada seluruh masyarakat yang berminat untuk mempelajari serta mendalami Bahasa Arab khususnya untuk tujuan memahami teks-teks ibadat, Al-Quran dan Al-Hadis di samping mengetahui struktur nahu Arab serta berkebolehan dalam kemahiran bahasa Arab. Sepanjang kursus ini, struktur-struktur nahu Arab akan diajar secara praktikal beserta latihannya. Tenaga pengajar adalah dari mereka yang berkemahiran tinggi di dalam pengajaran Bahasa Arab.

Sijil akan dianugerahkan kepada para peserta yang berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Kelas akan diadakan pada setiap hari Sabtu pagi setiap minggu, mulai jam 9 pagi hingga 1.30 tengahari dan tempoh kursus adalah selama 12 bulan (2 semester) 1 semester selama 6 bulan. Sehubungan itu, semua yang berminat untuk mengikuti Kursus Bahasa Arab ini bolehlah menghubungi pihak urusetia seperti di bawah;

Kursus Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah

Aras 4 Blok D ,

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur Malaysia

 

Tel: 03-79676167

Faks: 03–79560705

Email: spaq@um.edu.my

Sms/WhatsApp: 014-237-6025

Websiter : www.spaq-apium.com

FB: Kpqs Apium

Page fb: Kursus Sijil Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah (kpqs) Apium

 

Terima kasih.

 

Untitled-1