KURSUS PENGAJIAN AL-HADITH (KPAH)

KURSUS PENGAJIAN AL-HADITH
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LATARBELAKANG

Pengetahuan berkaitan hadith penting dalam meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai ilmu-ilmu Islam. Menyedari kedudukan hadith sebagai sumber kedua syariat Islam selain peranannya sebagai penjelas kepada al-Quran, Unit Pembangunan Sosial Akademi Pengajian Islam bercadang untuk menawarkan kursus jangka pendek kedua iaitu kursus pengajian hadith.


OBJEKTIF

Antara objektif utama kursus ini ialah:

a) Mendedahkan kepada masyarakat Islam mengenai kaedah memahami hadith-hadith nabi s.a.w.
b) Membiasakan masyarakat Islam dengan kitab-kitab hadith muktabar.
c) Meningkatkan kefahaman masyarakat Islam terhadap hadith-hadith nabi seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan mereka seharian.


TEMPAT DAN PERJALANAN KURSUS

Kelas diadakan di Bilik Seminar dan Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kursus ini dijalankan secara kuliah yang disampaikan oleh pensyarah.


TEMPOH KURSUS DAN WAKTU PEMBELAJARAN

Program ini dijalankan pada hujung minggu iaitu pada setiap hari Sabtu dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini mempunyai 4 modul dan setiap modul dijalankan selama 4 bulan.


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

• Warganegara Malaysia.
• Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.


STRUKTUR PROGRAM

• Sijil Penyertaan – Peserta perlu menghadiri kelas sebanyak 80% untuk melayakkan diri untuk mendapatkan sijil penyertaan.

• Sijil Kelulusan – Peserta perlu lulus (markah lulus 40) dalam peperiksaan bagi kesemua subjek yang ditawarkan. 80% kehadiran perlu untuk melayakkan diri untuk menduduki peperiksaan.


YURAN PENGAJIAN

Yuran bagi setiap Modul adalah seperti berikut :

Yuran Pengajian : RM 450.00 (Termasuk nota kursus)
*Yuran termasuk 6% GST

Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau apa jua sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.

Pembayaran Secara Ansuran :

Modul
Yuran (RM)
Pendaftaran
200
Ansuran 2
(selepas pendaftaran)
250
Jumlah
450

SUBJEK YANG DITAWARKAN


MODUL I

• Autoriti Hadith
• Pengantar Ulum al-Hadith
• Kaedah Memahami Hadith
• Karya-karya Utama Dalam Pengajian Hadith


MODUL II

• Hadith-hadith Hukum : Taharah & Solat
• Hadith-hadith Mengenai Akidah
• Hadith-hadith Mengenai Perkahwinan & Kekeluargaan
• Hadith-hadith Mengenai Kepimpinan & Pemerintahan


MODUL III

• Hadith-hadith Hukum : Puasa & Zakat
• Hadith & Sains
• Hadith – hadith Mengenai Pembangunan Insan & Masyarakat
• Hadith – hadith Mengenai Muamalat & Pengurusan


MODUL IV

• Hadith-hadith Hukum : Haji & Umrah
• Kajian Hadith Daif & Palsu
• Hadith-hadith Mengenai Pembersihan Rohani ( Tazkiyah al-Nafs )
• Hadith & Isu Semasa