KURSUS PENGAJIAN AL-QURAN (KPAQ)

KURSUS PENGAJIAN AL-QURAN
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LATARBELAKANG

Kursus jangka pendek Kursus Pengajian al-Quran (KPAQ) anjuran Kursus Pengajian al-Quran & al-Sunnah (KPQS), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya mula diperkenalkan pada September 2001. Kursus ini menggabungkan tiga elemen penting yang mendasari pengajian al-Quran iaitu kemahiran tajwid dan tilawah al-Quran serta tarannum (lagu-lagu al-Quran), bahasa al-Quran dan ilmu-ilmu al-Quran. Setelah beroperasi hingga kini, kursus ini telah berjaya menarik minat masyarakat Islam mendalami ilmu-ilmu al-Quran yang bersifat semasa di samping menguasai kemahiran tilawah al-Quran serta bahasa Arab sebagai bahasa pengantar al-Quran.


OBJEKTIF

Kursus ini diperkenalkan kepada masyarakat awam bertujuan untuk menyebarkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kitab suci al-Quran kepada mereka. Antara objektif utama kursus ini :

• Membimbing masyarakat awam membaca al Quran dengan betul (tartil).
• Mendedahkan mereka kepada kefahaman sebenar tentang isi-isi kandungan al-Quran khususnya hukum-hakam yang terkandung di dalamnya.
• Mengajar dan membimbing mereka bagaimana mempraktikkan segala perintah terkandung di dalam al-Quran.
• Menjadikan mereka cintakan al-Quran serta meletakkannya sebagai dustur (perlembagaan) hidup sepanjang hayat.


TEMPAT DAN PERJALANAN KURSUS

Kelas diadakan di Bilik Seminar dan Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kursus ini dijalankan secara kuliah yang disampaikan oleh pensyarah.


TEMPOH KURSUS DAN WAKTU PEMBELAJARAN

Kursus ini mengandungi 4 modul dan setiap modul dijalankan selama 4 bulan. Kuliah diadakan setiap hari Sabtu dari 9.00 pagi – 11.00 pagi.


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

• Warganegara Malaysia.
• Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.


STRUKTUR PROGRAM

• Sijil Penyertaan – Peserta perlu menghadiri kelas sebanyak 80% untuk melayakkan diri untuk mendapatkan sijil penyertaan.
• Sijil Kelulusan – Peserta perlu lulus (markah lulus 40) dalam peperiksaan bagi kesemua subjek yang ditawarkan. 80% kehadiran perlu untuk melayakkan diri untuk menduduki peperiksaan.


YURAN PENGAJIAN

Yuran bagi setiap Modul adalah seperti berikut :

Yuran Pengajian : RM 400.00 (Termasuk nota kursus)
*Yuran termasuk 6% GST

Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau apa jua sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.

Pembayaran Secara Ansuran :

Modul
Yuran (RM)
Pendaftaran
200
Ansuran 2
(selepas pendaftaran)
200
Jumlah
400


SUBJEK YANG DITAWARKAN


MODUL I

ULUM AL-QURAN I
Membincangkan pengertian al-Quran, ciri¬-cirinya, nama-nama Qira’at, kemukjizatan, sebab-sebab nuzulnya, hikmah penurunan secara beransur-ansur, ayat-ayat muhkamat, mutasyabihat, makkiyyah, madaniyyah, sejarah pengumpulan al-Quran serta perkara-perkara yang berkaitan.

HUKUM TAJWID I
Membincangkan bentuk-bentuk huruf al-Quran. Pengenalan ilmu Tajwid dan hukum mempelajarinya, makhraj-makhraj huruf, sifat¬-sifat huruf dan kaedah pembacaan secara bertajwid.

BAHASA AL-QURAN I
Bertujuan untuk mempelajari pengertian kalimah, ayat dan gaya bahasa al-Quran serta tatabahasa Arab yang berkaitan dengannya secara mudah, ringkas dan praktikal.

TAFSIR AYAT AL-AHKAM I
Membincangkan ayat-ayat terpilih yang berkaitan dengan hukum-hakam.


MODUL II

TAFSIR AYAT AI-AHKAM II
Merupakan lanjutan dari Tafsir Ayat AI-Ahkam I. la lebih memfokus Kepada tafsir Mawdui’ dan tafsir tahlili terhadap beberapa ayat dari surah-surah yang terpilih seperti al Baqarah (282-283), al-Mujadalah (1-4) al-Talaq (1-3), al- Nisa’ (92-93) dan lain-lain.

ULUM AL-QURAN II
Membincangkan pengertian ilmu tafsir dan pembahagiannya seperti Tafsir bi al-Riwayah, Tafsir bi-al-Dirayah (AI-Ra’yi) dan Tafsir al-lsyari.

HUKUM TAJWID II
Merupakan lanjutan dari kursus Tajwid dan Tilawah al-Quran I. Membincangkan tentang hukum nun mati dan tanwin, hukum mim mati, hukum mim dan nun bertasydid mad dan qasar, basmalah dan hukumnya.

BAHASA AL-QURAN II
Membincangkan jenis-jenis ayat di dalam al-Quran dan sistem pembentukannya, sistem perubahan kalimah di dalam ayat menurut tatabahasa Arab dan praktikaliti terhadap ayat-¬ayat al-Quran, adawat dan fungsinya di dalam ayat, jenis-jenis gaya bahasa al-Quran dan sistem maknanya.


MODUL III

AL-QURAN DAN PEMBINAAN SYAKHSIAH
Menghuraikan keperibadian muslim berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Penekanan diberikan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai model keperibadian muslim, peranan ibadat dalam membina sifat-sifat peribadi muslim, adab dan budaya hidup muslim serta nilai-nilai murni dalam Islam.

HUKUM TAJWID III
Lanjutan dan pelengkap kepada Tajwid dan Tiiawah al-Quran I dan II. Membincangkan tentang waqaf dan bahagian-bahagian tanda waqaf yang terdapat dalam al-Quran, hamzah wasal, hukum lam, isti’azah serta adab-adab membaca al-Quran.

BAHASA AL-QURAN III
Merupakan lanjutan dari kursus Bahasa al-Quran II. Membincangkan mengenai cara penyusunan jumlah ayat dalam al-Quran, pembahagian asas kalimah serta keperluan dalam pembentukan ayat mengikut peraturan¬peraturan bahasa Arab.

AQIDAH DALAM AL-QURAN
Menghuraikan tentang aqidah ahl al-sunnah wa al jama’ah yang merangkumi perkara-perkara pokok bagi pegangan setiap muslim.


MODUL IV

AL-QURAN DAN PEMBINAAN MASYARAKAT
Menghuraikan tentang hubungan Islam dan masyarakat, pengabdian kepada Allah dan masyarakat, keadilan di dalam al-Quran, kepentingan pimpinan dalam pembinaan masyarakat dan amanah dalam kehidupan masyarakat.

BAHASA AL-QURAN IV
Lanjutan dari pelajaran yang lepas dan membincangkan al-nakirah, al-ma’rifah, al¬-mudhakkar dan al-mu’annas.

TARTIL AL-QURAN
Merupakan lanjutan dan kesinambungan dari pelajaran Tajwid &Tilawah Al-Quran. Pelajar didedahkan dengan bacaan al-Quran yang betul dan menghafal al-Quran.

METOD TAFSIR AL-QURAN
Membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh para mufassir dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran.


MODUL V (pilihan)

BAHASA AL-QURAN V
Lanjutan dari pelajaran yang lepas, membincangkan tentang bahasa Arab menerusi teks al-Quran, ibadah, nasab, jazam dan sebagainya.

TARANUM AL-QURAN
Pelajar didedahkan dengan bentuk lagu yang sering digunakan dalam pembacaan al-Quran seperti Bayati, Misri, Shika, Ras dan sebagainya.

KAEDAH PENGHAFALAN AL-QURAN
Membincangkan kaedah penghafalan al-Quran merangkumi teknik-teknik penghafalan ayat-ayat pendek dan ayat-ayat panjang, memelihara dan mengekalkan penghafalan, adab-adab seorang hafiz dan sebagainya.

QASAS AL-QURAN
Mendedahkan kepada peserta tentang kisah-kisah terpilih yang diceritakan dalam al-Quran untuk pedoman dan pengajaran kehidupan seharian.