KURSUS TALAQQI KITAB HADITH (KTAH)

KURSUS TALAQQI KITAB HADITH

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LATARBELAKANG

Kursus jangka pendek pengajian hadith (KPAH) telah mula ditawarkan kepada masyarakat awam semenjak tahun 2009 lagi. Setelah 5 tahun kursus ini dijalankan ia berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat awam dan menarik minat mereka untuk terus mempelajari hadith-hadith nabi SAW. Justeru bagi menyuburkan lagi pengetahuan masyarakat dengan hadith-hadith nabi SAW, seterusnya membudayakan sunnah nabi SAW dalam kehidupan, dicadangkan kursus talaqqi kitab hadith yang lebih menumpukan kepada membaca dan memahami hadith menerusi kitab-kitab hadith muktabar. Cabaran besar pengajian hadith masa kini ialah penyebaran hadith-hadith terlalu daif dan palsu dalam masyarakat menerusi facebook, twitter, whatsaap, media-media elektronik seperti tv dan radio dan media cetak seperti suratkhabar, majalah dan buku-buku bacaan awam. Ini tidak termasuk lagi hadith –hadith tidak berautoriti yang disebarkan di masjid dan surau melalui khutbah jumaat dan kuliah-kuliah agama yang diadakan. Melalui kursus talaqqi kitab hadith ini, peserta akan didedahkan dengan hadith-hadith sahih yang berkaitan dengan empat aspek penting dalam kehidupan muslim iaitu

  1. Hadith-hadith mengenai prinsip dan dasar penting dalam Islam
  2. Hadith-hadith mengenai akhlak dan gaya hidup nabi
  3. Hadith-hadith hukum yang melibatkan ibadat dan muamalat
  4. Hadith-hadith mengenai pembentukan jiwa dan rohani.

OBJEKTIF

Antara objektif utama kursus ini ialah:

  1. Membaca dan memahami keseluruhan hadith-hadith nabi yang terdapat dalam kitab al-Arba’in al-Nawawiah karangan Imam al-nawawi
  2. Membaca dan memahami keseluruhan hadith-hadith nabi yang terdapat dalam kitab Riyad al-Salihin karangan Imam al-Nawawi
  3. Membaca dan memahami keseluruhan hadith-hadith nabi yang terdapat dalam kitab Bulugh al-Maram karangan Ibn Hajar al-‘Asqalani
  4. Membaca dan memahami keseluruhan hadith-hadith nabi yang terdapat dalam kitab al-Shamail al-Muhammad karangan Imam al-Tirmizi 

 

TEMPAT DAN PERJALANAN KURSUS

Kelas diadakan di Bilik Seminar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kursus ini dijalankan secara kuliah yang disampaikan oleh pensyarah.


 

TEMPOH KURSUS DAN WAKTU PEMBELAJARAN

Program ini dijalankan pada hujung minggu iaitu pada setiap hari Sabtu dari 11.30 pagi hingga 1.30 tgh. Program ini mempunyai 6 modul dan setiap modul dijalankan selama 4 bulan.


 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

 Warganegara Malaysia.

  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.
  • Lepasan Sijil Pengajian Hadith (SPAH) atau sedang mengikutinya
  • Lepasan Diploma Eksekutif Syariah & Eksekutif Usuluddin 

 

STRUKTUR PROGRAM

  • Sijil Penyertaan – Peserta perlu menghadiri kelas sebanyak 80% untuk melayakkan diri untuk mendapatkan sijil penyertaan.

YURAN PENGAJIAN

Yuran bagi setiap Modul adalah seperti berikut :

Yuran Pengajian : RM 450.00 (Termasuk nota kursus)
*Yuran termasuk 6% GST

Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau apa jua sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.

Pembayaran Secara Ansuran :

Modul
Yuran (RM)
Pendaftaran
200
Ansuran 2
(selepas pendaftaran)
250
Jumlah
450

 

 


 SUBJEK YANG DITAWARKAN

 MODUL I

  • Membaca Kitab al-Arba’in al-Nawawiyah oleh Imam al-Nawawi
  • Membaca Kitab Riyad al-Salihin oleh Imam al-Nawawi

MODUL II

  • Membaca Kitab Riyad al-Salihin oleh Imam al-Nawawi

MODUL III

  • Membaca Kitab Riyad al-Salihin oleh Imam al-Nawawi

MODUL IV

  • Membaca Kitab Bulugh al-Maram oleh Ibn Hajar al-Asqalani

MODUL V

  • Membaca Kitab Bulugh al-Maram oleh Ibn Hajar al-Asqalani

MODUL VI

  • Membaca Kitab Bulugh al-Maram oleh Ibn Hajar al-Asqalani
  • Membaca Kitab al-Shamail al-Muhammadiyah oleh Imam al-Tirmizi