Tentang KPQS

paste3

Kursus Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah (KPQS)

Di bawah anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang merupakan sebahagian daripada aktiviti sosial Akademi dalam kerangka mendidik golongan awam di kalangan umat Islam di Malaysia menjadi generasi celik al-Quran dan al-Hadith di samping memahami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, al-Hadith dan bahasa arab.

Program yang merentasi hampir dua belas tahun ini telah mengalami pelbagai adaptasi dan perubahan sejajar dengan perkembangan dan kehendak semasa. Sehingga kini program yang menggabungkan ilmu-ilmu berkaitan dengan al-Quran, tajwid, bahasa al-Quran serta al-Hadith ini merupakan satu-satunya program yang hanya ditawarkan oleh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Sehingga kini sambutan yang amat memberangsangkan oleh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan samada golongan profesional mahupun golongan awam menunjukkan bahawa kursus ini telah berjaya melahirkan sebahagian besar pelajar yang mampu menguasai pembacaan al-Quran, menguasai Hadith dan boleh berkomunikasi dalam bahasa arab. terdapat juga dikalagan mereka yang berjaya menamatkan kursus ini telahpun mendirikan peranan sebagai guru al-Quran yang baik kepada masyarakat.

Kursus – kursus yang ditawarkan terdiri daripada Kursus Sijil Pengajian Al-Quran (SPAQ), Kursus Sijil Pengajian Al-Hadith (SPAH), Kursus Sijil Talaqqi Hadith (STAH), Kursus Sijil Bahasa Arab (SBA), Kursus Sijil Bahasa Arab Lanjutan (SBAL) dan Kursus Talaqqi Bersanad (KuTAB)